Laman Rasmi Sekolah    Kebangsaan (LKTP) Chemomoi

Anda kini di:

 

Latarbelakang Sekolah

        Sekolah Kebangsaan (FELDA) Chemomoi terletak di perkampungan Felda Chemomoi, Bandar Bera Pahang. Murid –murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak peneroka Chemomoi dan terdapat juga sebilangan anak-anak dari Kampung Tradisional iaitu Kampunag Chemomoi dan dari Felda Mengkarak.

        Sekolah ini telah mula beroperasi pada 1 Oktober 1972 bermula dengan pembinaan sebuah bangunan dua tingkat iaitu blok A yang mempunyai 6 buah kelas. Pada awal penubuhan, sekolah ini hanya mempunyai seramai lima orang guru dan 81 orang murid di bawah pentadbiran Tn. Hj Jamaludin B. Hj Tod sebagai Guru Besar pertama yang menjalankan tugas di sekolah ini. Sekolah ini di bawah pengawasan Pejabat Daerah Bentong. Jarak sekolah dengan Pejabat Pelajaran Daerah Bentong kira-kira 90 km.

        Pada tahun 1977 bangunan baru Blok B telah dibina diikuti dengan pembinaan Blok C pada tahun 1985 dengan pertambahan 14 buah bilik darjah, 2 buah bilik guru, 2 buah bilik Sumber yang diubahsuai, serta sebuah pejabat. Pada tahun 2000 sebuah lagi bangunan tiga tingkat  Blok D telah dibina berhampiran tepi jalan utama beserta dengan tapak perhimpunan rasmi. Dengan adanya bangunan blok D sekolah mula beroperasi pada sesi pagi sahaja.

         Kini sekolah telah berkembang dengan mempunyai pelbagai kemudahan fizikal termasuk  dua buah pra sekolah, sebuah makmal komputer dan sebuah bilik akses. Kini sekolah telah mempunyai seramai 33 orang guru dan 481 orang pelajar yang ditempatkan di 14 buah kelas. Pentadbiran sekolah juga dibantu oleh 6 orang kakitangan sokongan.

 

 

 

LAGI: 

Kata Aluan Guru Besar

Senarai Nama Guru Besar

Carta Organisasi

Visi,Misi & Motto

Piagam

Lagu

Lencana

Free Web Hosting