Laman Rasmi Sekolah    Kebangsaan (LKTP) Chemomoi

Anda kini di:

 

Kata Aluan Guru Besar

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

dan sejahtera, 

 
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya maka terbinalah sebuah laman web rasmi Sekolah Kebangsaan (FELDA) Chemomoi. Dalam dunia yang serba moden ini kita keghairahan berbicara mengenai perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, keadaan ini sudah tentu membuatkan  kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi semasa.
 
Justeru itu, usaha membangunkan laman web ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SKFC.
 
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha mewujudkan laman web ini.
 
Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman web sekolah ini.
 
"THE MORE WE DO, THE MORE WE GET"

 

 

 

 

 

 

                                                                                                                                                                       

Free Web Hosting