Laman Rasmi Sekolah  Keb (LKTP) Chemomoi

Anda kini di:

 

Matematik

Perimeter

Perimeter ialah jumlah ukur keliling atau sempadan.  

Perimeter untuk bulatan dikenali sebagai lilitan.

 

   

  

Perimeter = 3 cm+ 2cm+2.5 cm+ 4 cm+ 2 cm+5 cm = 18.5 cm                

     

Perimeter = 15.2m +15m +17m+13m+9m= 69.2m

 

Perimeter

1. Perimeter segi tiga ialah jumlah kesemua ukuran tiga sisinya  

    contoh :                       



                        Perimeter segi tiga sama sisi  

                                    = 5 cm + 5 cm + 5cm

                                    = 15 cm

 

                                    atau

                       

                        Perimeter segi tiga sama sisi  

                                    = satu sisi X 3

                                    = 5 cm X 3

                                    = 15 cm

 

Perimeter

  1. Bentuk-bentuk yang digabungkan mestilah terdiri dari bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga sahaja.

     

  2. Bagi menentukan perimeter bentuk yang digabungkan, cara mencari perimeternya adalah menjumlahkan bahagian ukur keliling bentuk itu sahaja.

    Contoh:

     Perimeter bentuk  PQRST

     

     

     

    Perimeter bentuk PQRST  

    =  PQ  + QR   + RS   + ST   + TP

    = 5 cm + 5 cm + 5 cm + 5 cm + 5cm

    = 25 cm

                atau

    =  5cm X 5

    = 25 cm 

  3. Perlu diingat sisi QS tidak termasuk dalam pengiraan perimeter.

Perimeter

  1. Perimeter  bulatan ialah lilitan bulatan.

  2. Aktiviti mengukur bulatan dengan benang dan jangka lukis perlu dilakukan kerana perimeternya tidak boleh dikira dengan menggunakan pembaris secara langsung. Kita perlu menggunakan benang dan pembaris atau rumus.

 

                           

 

Letakan benang pada pembaris dan rekodkan panjang benang

Panjang benang  = perimeter bulatan       

Free Web Hosting